Friday, January 11, 2013

Review Makan : Lok Lok King Steamboat

Lok Lok King ni pernah kuar JJCM tahun lepas.. dah lama teringin nak cuba. Last week baru berkesempatan.. maklumlah tekak ibu mengandung ni macam-macam.. nasib hubby pun layan kan jer.. kalo tak disebabkan peknen memang susah sikit.. hubby kan makan memilih, tekak KG..

Lok Lok King ni bukan kedai @ restauran.. tapi van bergerak.. terletak betul-betul kat area parking belakang Ampang Point. Macam-macam jenis pilihan ball-ball yang cucuk-cucuk dengan buluh tu.. ada dua cara masak, celup dalam air panas atau bakar.

Macam-macam steamboat ada kat Lok Lok King
Pilih jer mana yang berkenan
Pastu main masak-masak

Tapi aku ke sini bukan nak makan steamboat.. aku nak makan lamb chop.. terliur tengok si Iqram Dizly tu makan, macam sedap sangat.. dan tak mengecewakan.. memang sedap... daging kambing tu lembut dan tak berbau.. sos black paper pun kena dengan selera aku..

Sepinggan lamb chop cuma RM7.00 dihidangkan bersama jagung. Dah harga pun RM7 ko janganlah expect portion die cam yang kat VS.. cinonet jer.. sebab tu aku order 2 untuk aku makan sorang.. hehee..
Lambchop sedap dan lembut.. sampai tak cukup sepinggan


Tangan kanan pegang sudu, tapi makan guna tangan kiri

Kat Taufiq pulak aku order crab stick dgn udang.. makan dengan sos manis.. crab tu harga die RM1 secucuk udang tiga ekor RM2.

My hubby tak makan, tengok jer anak bini dia makan. Best ape sekali-sekala makan kat tempat open macam ni.. sambil-sambil tengok orang makan, tempat luas boleh lepas Taufiq berlari sana-sini..

1 comment:

Amyra Chuari said...

Tahniah, Kak Zura... Dah peknen yek... Bape bln... Take care...