Rasanya tak terlambat lagi kut untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua yang baca blog ni. Sempena tahun masihi ni aku tak de azam pun. Cuma berdoa tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Entahlah tahun baru ni rasa lemau jer.. maybe sebab early stage peknen mood ke laut.
Lagipun masa balik kampung Krismas ritu Taufiq tak sihat. Kena cirit-birit dan demam.. Bayangkan dua hari dia tak lalu makan tak minum.. tak susu.. kulit dia jadi kendur.. macam-macam aku beli makanan kegemaran dia, tapi makan sesuap dua jer.. beli bubur nasi buang macam tu jer, sikit pun die tak jamah, beli susu sampai dua brand tapi sikit pun dia tak minum.. aku sampai menangis.. tak tahu nak buat apa.. hubby pulak tak de di sisi, sebelum ni tak pernah pun dia macam tu..
Alhamdulillah bila balik KL, dan Taufiq jumpa papa dia baru start ok.. papa dia suap makan bubur, sia makan byk jugaklah.. hurmm lepas ni aku takkan balik kampung kalo hubby tak ikut.. susah weii.. maybe jugak Taufiq demam sebab berjauhan dengan papa die..
Sejak Tok Su tak de ni hidup aku haru-biru sikit..
Susah nak sesuaikan diri dengan situasi baru..
Yelah kalo masa Tok Su ada :
- tak payah nak hantar Taufiq ke nursery..
- Petang balik kerja terus boleh balik umah..
- Tak yah nak singgah ambik Taufiq
- Rumah dah siap kemas
- Kain-baju pulak dah siap berlipat
- Tak yah nak kemas beg baju, susu & pampers setiap hari kerja
- Balik lewat pun tak pe
- Nak singgah mana-mana dulu sebelum balik rumah pun tak pe
- Nak pergi shoping bila-bila masa pun tak pe, Tok Su ada boleh jaga Taufiq
- Bila masak Tok Su jaga Taufiq
Serba serbi mudah masa ada Tok Su, TAPI sejak Tok Su tak de susahlah sikit tambahan pulak berbadan dua ni.
- Kalo nak gi shoping nak kena tunggu hubby free..
- Nak mandi pun susah, sebab Taufiq nak ikut masuk bilik air sekali
- Nak solat lagilah, sesuka hati jer si Taufiq duk atas sejadah
- Kalo masak sibuk die nak tolong ketuk periuk belanga sekali, kalo aku tak kasi melalak
Mujo ada hubby yang baik hati, ringan tulang membantu aku buat kerja-kerja rumah.. Hubby memang rajin basuh baju, sidai baju dan sapu lantai.. kalo lipat baju tu adalah sekali-sekala. Tapi aku tak suka cara dia lipat dan susun, penyudahnya aku lipat sekali lagi n susun ikut citarasa aku. Cuma hubby tak pandai nak iron baju itu memang dia tak boleh tolong. Cuci pinggan mangkuk, masak air, kemas umah itu dia rajin jugak buat..
1 comment:
kdg2 kita kena kluar dr comfort zone utk dptkan yg lebih terbaik :)
*ada berkaitan dgn entry yg bakal di publish ptg nanti, jam 6pm.. hikhik
Post a Comment