Friday, May 24, 2013

Jumu'ah

Alhamdulillah!

The Master of all Days (Jumu'ah) has come again!

"Barang siapa yang menghabiskan waktu
berjam-jam lamanya untuk mengumpul harta
kerana takutkan miskin,
maka dialah sebenarnya orang yang miskin
~Imam AL-Ghazali~

Wednesday, April 3, 2013

WW ~ Keropok Losong Terengganu

Dua peket keropok losong Terengganu
Dah lama mengidam
Baru minggu ni dapat dari kawan hubby
yang balik bercuti
Keropok Losong Terengganu memang terbaik
Sedap dimakan tak kira rebus atau goreng

Friday, March 29, 2013

Bile Rajin..

Malam tadi tiba-tiba angin rajin datang. Aku buat nasi lemak untuk dinner. Dah lama tak masak kat rumah. Hujung minggu pun makan kat luar. Hari kerja pulak hubby dah makan kat luar, aku pun makan lite-lite jer. Taufiq pun sama makan lite-lite.. buah @ roti @ biskut @ jemput-jemput @ lempeng.

Kebetulan masa pergi pasar malam rabu lepas beli stok ikan bilis. Yang tak de cuma timun, kacang tanah dengan telur. Aku sibuk keletung-keletang kat dapur suh hubby dengan Taufiq pergi beli barang-barang yang xde tu.. Aman sikit aku masak kalau tak mesti si Taufiq tu nak "menolong" sama.. Tolong sepahkan periuk belanga aku dengan tolong keluarkan barang-barang stok makanan dalam kitchen kabinet... Habis semua stok sardin, kopi, milo, susu dia keluarkan. Kalau tak bagi melalak..

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Telur 3/4 Masak
Tak susah pun buat nasi lemak ni, sebab aku buat yang basic jer. Tak de lauk ayam ke paru ke sambal kerang ke. Buat sambal ikan bilis, rebus telur pastu goreng kacang. Telur rebus tu memang aku sengaja buat telur kuning tu separuh masak. Sebab itu special request from hubby. Dia tak suka makan telur rebus yang betul-betul masak.

Hari ni dah Jumaat, minggu depan dah buka sekolah. So traffic back to normal. Kalau minggu ni aku boleh keluar jam 7.30 minggu depan jam 7.15 aku dah kena mula drive.

Oklah selamat berhujung minggu.

Thursday, March 28, 2013

Cari dan Hapuskan

Ni citer hari Sabtu lepas.. jam 11 pagi aku duk sedap-sedap melepak tengok tv dengan Taufiq, tiba-tiba pintu rumah aku diketuk macam nak roboh pintu tu dibuatnya.. Eh saper pulak ni, dahlah suara lelaki, aku wat tak tau jerlah, sebab takut nak bukak pintu. Sekali dia pi ketuk pulak tingkap aku, dumdummdumm..

Aku dengar dia cakap dari Jabatan Kesihatan, so aku pun dengan berani bukak pintu. Tak tahan bising memekak takut marah pulak jiran-jiran sebelah.. Ohh rupa-rupanya ada 2 orang lelaki dari Jabatan Kesihatan nak check ada tak aku bela jentik-jentik @ nyamuk dalam umah.. Tapi aku tak terus bagi masuk, aku mintak dulu surat rasmi diaorang. Adalah dia tunjuk sekeping surat dengan kad kuasa dia. Aku suruh dia datang lain kali sebab hubby takde, tapi diaorang cakap nak settle cepat. Kalau aku tak bagi kerjasama diaorang nak panggil polis..

Hisshhh.. macam-macam hal.. Aku pun tepon hubby, yang terpaksa OT bagi tau.. hubby pulak suh call mama asuh temankan aku masa inspection tu.. takut apa-apa jadi.. sementara tu aku suh diaorang p check umah orang lain dulu. Aku intai tengok, memang dia masuk setiap umah...

Aku pun tukar baju yang sopan sikit, kuar duk depan pintu umah, then diaorang pun datang balik. Masuk umah check apa yang patut. Alah tak sampai 5 minit pun.. Nasib baik tak de jumpa apa-apa yang boleh menyabitkan aku dengan kesalahan menternak jentik-jentik. Mendapatlah sekeping risalah dengan sepeket ubat jentik-jentik..

Cuak jugak, tiba-tiba orang ketuk pintu gedegang-gedegung tambah pulak lelaki, kalau perempuan tu aku tahan lagi.. aku cadangkan kat Kementerian Kesihatan kalau nak gi inspec rumah orang, wajibkan ada pegawai wanita yang ikut sekali.. xdelah aku kecut perut sangat..

Wednesday, March 27, 2013

WW ~ Hemsem Tak???


Hemsem tak saya?? Spek ni saya sendiri yang pilih.
Tapi mama yang bayar.. Beli kat Padang Besar..